Saturday, March 26, 2011

Kejohanan Jemputan LBJB 2011

Kejohanan yang berlansung di UKM Bangi pada Ahad lepas 20.03.2011 merupakan kejohanan pertama yang kita sertai pada tahun ini. Selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang di kedua-dua perlawanan persahabatan awal tahun ini, sekali lagi Pfka Putra telah membuktikan bahawa mereka bukanlah pencabar yang boleh dipandang remeh oleh pasukan lawan.

Tahniah kita ucapkan pada kedua-dua junior team kita pasukan bawah 10 dan bawah 8 tahun yang telah berjaya merangkul tempat kedua (naib johan). Dengan latihan yang bersistematik dan semangat yang jitu, mari kita buktikan kita boleh jadi yang terbaik!. Berusahalah!. 

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan pada hari tersebut.

Pasukan bawah 8 tahun
Pasukan Bawah 8
Kedudukan
Petaling Jaya – A
Johan
Pfka Putrajaya
Naib Johan
LBJB – A

LBJB – B

Taman Bangi 3

Petaling Jaya – B


Pasukan bawah 10 tahun
Pasukan Bawah 10
Kedudukan
LBJB – A
Johan
Pfka Putrajaya
Naib Johan
Petaling Jaya – A

LBJB – B

Taman Bangi 3

Petaling Jaya – B


Pasukan bawah 12 tahun
Pasukan Bawah 12
Kedudukan
LBJB – A
LBJB – B

Taman Bangi 3
Ke-3 
Pfka Putrajaya 
Ke-4 
Petaling Jaya – A

Petaling Jaya – B











Saturday, January 29, 2011

Tahun Baru yang Hebat untuk Pfka Putrajaya

Salam and Selamat Sejahtera,

Belum terlambat kiranya kami mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Pfka Putrajaya dan para pengunjung blog ini.

Alhamdulillah, kita telah berjaya mengharungi tahun pertama dengan mengumpulkan pengalaman yang berharga dan yang pastinya amat berguna untuk tahun ini dan tahun - tahun yang bakal mendatang. Bermula dengan hanya 13 orang pemain pada awal January 2010, kita telah berkembang kepada 27 orang selepas klinik bolasepak (Februari) dan terus mengumpulkan pemain-pemain yang berpotensi sehingga kini yang telah menjangkau angka 60 orang. Terima kasih kami ucapkan diatas sokongan ibubapa dan penjaga yang juga sebahagian daripada warga Pfka Putrajaya kerana telah sama-sama turut membantu mempromosikan jenama kita sehingga ke Bangi, Dengkil, Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitar Putrajaya yang lain.

Setelah menimba pengalaman menerusi sesi latihan yang bersistematik, perlawanan pesahabatan dan tournament, Pasukan Pfka Putra telah berjaya membuka tahun 2011 ini dengan menundukkan pihak lawan 3-0 pada pelawanan persahabatan pertamanya yang berlansung di padang kem sungai besi pada 9hb Januari lepas. Tahniah kita ucapkan diatas kemenangan ini dan jadikanlah ia sebagai penyuntik semangat untuk kita terus mencipta kejayaan demi kejayaan dimasa akan datang.Guyz! continue this "spirit of achievement".

Selamat Bersukan!

Perlawanan persahabatan di Kem Sungai Besi

Pada 9hb Januari yg lps Pasukan Pfka Putra telah dijemput utk perlawaan persahabatan tiga (3) penjuru bersama Pasukan Sungai Besi dan Bukit Jalil. Dalam perlawanan tersebut kita telah berjaya menumpaskan pasukan Sungai Besi 3-0 dan seri 0-0 dengan pasukan Bukit Jalil. Berikut adalah beberapa aksi dan gelagat para pemain dan pengunjung yang sempat kami rakamkan.

Merancang strategy sebelum memulakan langkah

Aksi Pfka Putra berjuang di Padang


Inilah anak Ayah!

Diantara para jemputan yang hadir menyaksikan kemenangan Pfka Putra

Wednesday, September 8, 2010

Perutusan Hari Raya Daripada Pfka Putrajaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabrakatuh

Alhamdulillah, marilah kita bersama – sama memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi peluang untuk kita menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.

Sudah hampir sebulan kita berpuasa, kini kita akan bersama-sama menyambut kemenangan di bulan Syawal dan kami berharap Aidilfitri ini dapat disambut dengan rasa kesyukuran, keikhlasan dan kerendahan diri ke hadrat Ilahi.

Kepada tuan/puan yang akan memandu pulang ke kampung, sila pastikan kenderaan berada di dalam kondisi yang baik dan sentiasa berhati-hati dan berhemat ketika memandu. Marilah kita berdoa semoga kita semua selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang semula ke rumah masing-masing.

Adalah dimaklumkan, bahawa latihan Pfka Putrajaya akan disambung semula pada Sabtu, 18hb September 2010, pukul 4.00ptg hingga 6.00ptg bertempat di Padang Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Akhir kata, kami dari pihak pengurusan Pfka Putrajaya ingin memohon ampun dan maaf kepada para pemain Putrajaya, ibubapa dan penjaga diatas segala kesalahan dan kekurangan samaada disengajakan atau pun tidak, sepanjang menyertai Pfka Putrajaya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin