Saturday, June 25, 2011

Perlawanan Persahabatan Bersama LBJB

Pada 19hb Jun yang lepas satu perlawanan persahabatan telah diadakan di padang UKM. Pertemuan kedua ini, selepas mini tournament yang lalu menyaksikan kebangkitan pasukan bawah 12 tahun Pfka Putra yang berjaya menundukkan pasukan lawan dan seterusnya menebus kekalahan mereka dengan 3 jaringan berbalas satu. Manakala pasukan bawah 10 dan bawah 8 pula menghadapi tentangan yang sengit dan perlu berusaha lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Walaubagaimanapun, semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan, Pfka Putra dan LBJB amatlah membanggakan. Marilah bersama-sama berjuang untuk memartabatkan sukan bolasepak negara!.

Satu lagi perlawanan persahabatan akan diadakan pada petang ini dan diharap pasukan Pfka Putra memberikan yang terbaik. Berusahalah!



No comments:

Post a Comment