Wednesday, September 8, 2010

Perutusan Hari Raya Daripada Pfka Putrajaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabrakatuh

Alhamdulillah, marilah kita bersama – sama memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi peluang untuk kita menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.

Sudah hampir sebulan kita berpuasa, kini kita akan bersama-sama menyambut kemenangan di bulan Syawal dan kami berharap Aidilfitri ini dapat disambut dengan rasa kesyukuran, keikhlasan dan kerendahan diri ke hadrat Ilahi.

Kepada tuan/puan yang akan memandu pulang ke kampung, sila pastikan kenderaan berada di dalam kondisi yang baik dan sentiasa berhati-hati dan berhemat ketika memandu. Marilah kita berdoa semoga kita semua selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang semula ke rumah masing-masing.

Adalah dimaklumkan, bahawa latihan Pfka Putrajaya akan disambung semula pada Sabtu, 18hb September 2010, pukul 4.00ptg hingga 6.00ptg bertempat di Padang Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Akhir kata, kami dari pihak pengurusan Pfka Putrajaya ingin memohon ampun dan maaf kepada para pemain Putrajaya, ibubapa dan penjaga diatas segala kesalahan dan kekurangan samaada disengajakan atau pun tidak, sepanjang menyertai Pfka Putrajaya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin


Saturday, July 24, 2010

Stock Baru T-Shirt Latihan (New Stock for Training T-Shirt)

Stock baru untuk t-shirt latihan telah sampai. Tuan/puan penjaga kepada pemain - pemain Pfka Putrajaya boleh memdapatkan t-shirt tersebut ketika sesi latihan mingguan daripada staff Pfka Putrajaya yang bertugas. Kepada yang ingin membeli t-shirt tambahan juga boleh berbuat demikian. Pemberitahuan awal pembelian adalah digalakkan bagi memudahkan pihak kami mengasingkan saiz yang sesuai. Saiz - saiz yang ada ialah (40, 38, 34 dan 32).

Terima Kasih.

New stock for training shirt is now available for distribution. Parents can get the shirt from Pfka Putrajaya's staff during our weekly training session starting this week. For those who want to get the second shirt for their children are also encourage to do so. We appreciate your early notice to place the order, so that we can serve you better. The available size are (40, 38, 34 and 32)

Thank you.

Surat Pekeliling 24 Julai 2010

Surat pekeliling di bawah ini diedarkan kepada semua penjaga pemain - pemain Pfka Putrajaya bermula 24 Julai 2010 bersama status kedatangan dan status bayaran yuran pemain - pemain.

SURAT PEKELILING
(No. Rujukan: Pfka/Putra/2010/02)
24hb Julai 2010
Kepada,
Ibu/bapa/penjaga

JADUAL AKTIVITI PFKA PUTRAJAYA SEPANJANG JULAI, OGOS DAN SEPTEMBER 2010
Perkara di atas adalah dirujuk. Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi Pfka Putrajaya sepanjang beberapa minggu ini.
i. Perlawanan Persahabatan Dengan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1)
Tarikh          : 31hb Julai 2010
Masa           : 4.00ptg hingga 6.00ptg
Tempat        : Akan di tentukan kemudian
Kategori       : Bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun
ii. Ujian Kemahiran Pemain(Score Card)
Tarikh          : 7hb Ogos 2010
Masa           : 4.00ptg hingga 6.00ptg
Tempat        : Padang Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
2. Seterusnya, pihak kami juga ingin memberitahu bahawa tiada latihan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Latihan akan disambung semula pada minggu kedua bulan Syawal iaitu pada 18hb September 2010. Oleh itu, yuran bulanan untuk bulan Ogos dan September akan digabungkan menjadi satu bulan sahaja.
3. Bersama surat ini juga dilampirkan butiran peribadi anak–anak tuan/puan, status kehadiran semenjak mendaftar menjadi pemain Pfka Putrajaya dan juga yuran bulanan yang telah/belum dibayar. Sila isi data yang masih belum lengkap(jika ada) dan kembalikan kepada pihak kami untuk dikemaskini.
4. Kerjasama daripada tuan/puan adalah amat diperlukan bagi menjayakan aktiviti – aktiviti yang telah dirancang dengan memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan pada tarikh yang tersebut di atas.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan tuan/puan selama ini dan diharap kerjasama yang baik ini akan berterusan demi amalan hidup yang sihat bagi anak-anak dan juga demi memajukan lagi sukan bolasepak di negara kita. Dikesempatan ini juga, kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan semoga kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik bagi menjalani ibadah puasa.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan tugas,

Pengurus, PFKA Putrajaya

Tuesday, June 29, 2010

Latihan Bolasepak Percuma Bersama Pfka Putrajaya (Football Trial)

Demam piala dunia semakin memuncak! Kecewa dengan kekalahan pasukan pilihan anda? Hahaha... Pernah terfikir untuk mewakili Malaysia ke piala dunia? Ehmmm... mungkin anda ada peluang...? Berumur 6 hingga 12 tahun... tak mustahil anda sedang membaca blog ini... atau anak anda berumur antara 6 dan 12 tahun! 
Ya, mulakan langkah pertama anda dengan menyertai Latihan Secara Percuma Bersama Pfka Putrajaya.
Tempat adalah terhad! Hubungi kami dengan segera. Jumpa di sana...!

Thursday, June 24, 2010

Kejohanan Bolasepak PFKA(Football Tournament)

Kejohanan bolasepak diantara cawangan Premier Football Kids Academy telah diadakan buat julung kalinya pada 23.05.2010 bertempat di Padang Jalan Pekeliling Port Klang. Daripada 4 kategori yang dipertandingkan, Pfka Putrajaya telah menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada pasukan bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun. Turut serta dalam kejohanan ini adalah pasukan dari Meru, Bandar Utama, Batu Caves, Kapar dan Sijangkang. Tahniah buat pasukan yang menang, dan pasukan Pfka Putrajaya bawah 10 tahun telah berjaya kepusingan separuh akhir.

Berikut antara aksi - aksi yang sempat dirakamkan:

Barisan para pemain Pfka Putrajaya sempat bergambar sebelum berjuang
Aksi - aksi di padang
















Antara para pemain dan penonton yang datang pada hari tersebut











Gambar seterusnya click di sini

Thursday, June 10, 2010

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan - PFKA Putrajaya vs SKPP 11(3)

Pada 3 April lalu, satu perlawanan bolasepak persahabatan telah diadakan diantara Pfka Putrajaya dan Pasukan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3). Perlawanan yang julung kalinya diadakan ini berlansung di padang SKPP11(3) dengan penuh semangat kesukanan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Selain merapatkan jalinan silaturrahim diantara SKPP11(3) dan Pfka Putrajaya, perlawanan ini juga merupakan pendedahan pertama bagi pemain Pfka Putrajaya untuk menguji kehebatan mereka setelah dua bulan berlatih.

Diantara aksi - aksi yang sempat dirakamkan sepanjang perlawanan tersebut.
















Gambar seterusnya click di sini

Tuesday, June 8, 2010

Klinik Bolasepak Pfka Putrajaya

Klinik Bolasepak pertama yang dianjurkan oleh Pfka Putrajaya telah berlansung di Padang Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya pada 06.02.2010.

Sebahagian daripada aksi para peserta klinik


Ibu Bapa turut serta memeriahkan program



Gambar seterusnya click di sini

Latihan dan Pendaftaran PFKA Putrajaya


Keahlian PFKA Putrajaya adalah terbuka kepada semua kanak – kanak lelaki di Malaysia khususnya dari Putrajaya dan kawasan sekitarnya yang berumur seawal 6 tahun. Para pemain akan dibahagikan mengikut kategori umur iaitu bawah 12, bawah 10 dan bawah 8 tahun. Kami juga akan membuka kategori bawah 15 tahun bermula tahun hadapan bagi memenuhi permintaan kategori tersebut yang kian tinggi.

Berikut adalah maklumat tentang sesi latihan PFKA Putrajaya;
Kekerapan : Setiap hari Sabtu
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Padang, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya

Sebarang maklumat lanjut tentang pendaftaran atau maklum balas, sila emailkan kepada pfkaputrajaya@gmail.com atau hubungi kami:


Jendra Afrizal : 016-3367133
Syahrul Azmi : 017-3177337
Aidil Asfe : 019-2563656
Mohd Arzo : 019-2086776


Friday, June 4, 2010

Pengenalan PFKA Putrajaya

Premier Football Kids Academy (PFKA) cawangan Putrajaya telah mula menjalankan program pembangunan bakat bola sepak kepada kanak - kanak berumur diantara 6 hingga 12 tahun di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya semenjak bulan December 2009. PFKA Putrajaya berkongsi matlamat yang sama seperti cawangan – cawangan PFKA yang lain seperti Meru, Batu Caves, Kapar, Sijangkang, Damansara dan Shah Alam dengan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pemain pemain yang berkualiti untuk bermain di peringkat negeri, negara serta peringkat antarabangsa. Kami yakin, pendedahan awal kepada teknik asas bolasepak adalah amat penting kepada kanak - kanak untuk melahirkan kumpulan pemain bolasepak remaja yang terlatih dan berpotensi untuk digilap sebagai bintang bolasepak Malaysia dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa.