Wednesday, September 8, 2010

Perutusan Hari Raya Daripada Pfka Putrajaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabrakatuh

Alhamdulillah, marilah kita bersama – sama memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi peluang untuk kita menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.

Sudah hampir sebulan kita berpuasa, kini kita akan bersama-sama menyambut kemenangan di bulan Syawal dan kami berharap Aidilfitri ini dapat disambut dengan rasa kesyukuran, keikhlasan dan kerendahan diri ke hadrat Ilahi.

Kepada tuan/puan yang akan memandu pulang ke kampung, sila pastikan kenderaan berada di dalam kondisi yang baik dan sentiasa berhati-hati dan berhemat ketika memandu. Marilah kita berdoa semoga kita semua selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang semula ke rumah masing-masing.

Adalah dimaklumkan, bahawa latihan Pfka Putrajaya akan disambung semula pada Sabtu, 18hb September 2010, pukul 4.00ptg hingga 6.00ptg bertempat di Padang Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Akhir kata, kami dari pihak pengurusan Pfka Putrajaya ingin memohon ampun dan maaf kepada para pemain Putrajaya, ibubapa dan penjaga diatas segala kesalahan dan kekurangan samaada disengajakan atau pun tidak, sepanjang menyertai Pfka Putrajaya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin


Saturday, July 24, 2010

Stock Baru T-Shirt Latihan (New Stock for Training T-Shirt)

Stock baru untuk t-shirt latihan telah sampai. Tuan/puan penjaga kepada pemain - pemain Pfka Putrajaya boleh memdapatkan t-shirt tersebut ketika sesi latihan mingguan daripada staff Pfka Putrajaya yang bertugas. Kepada yang ingin membeli t-shirt tambahan juga boleh berbuat demikian. Pemberitahuan awal pembelian adalah digalakkan bagi memudahkan pihak kami mengasingkan saiz yang sesuai. Saiz - saiz yang ada ialah (40, 38, 34 dan 32).

Terima Kasih.

New stock for training shirt is now available for distribution. Parents can get the shirt from Pfka Putrajaya's staff during our weekly training session starting this week. For those who want to get the second shirt for their children are also encourage to do so. We appreciate your early notice to place the order, so that we can serve you better. The available size are (40, 38, 34 and 32)

Thank you.

Surat Pekeliling 24 Julai 2010

Surat pekeliling di bawah ini diedarkan kepada semua penjaga pemain - pemain Pfka Putrajaya bermula 24 Julai 2010 bersama status kedatangan dan status bayaran yuran pemain - pemain.

SURAT PEKELILING
(No. Rujukan: Pfka/Putra/2010/02)
24hb Julai 2010
Kepada,
Ibu/bapa/penjaga

JADUAL AKTIVITI PFKA PUTRAJAYA SEPANJANG JULAI, OGOS DAN SEPTEMBER 2010
Perkara di atas adalah dirujuk. Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi Pfka Putrajaya sepanjang beberapa minggu ini.
i. Perlawanan Persahabatan Dengan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1)
Tarikh          : 31hb Julai 2010
Masa           : 4.00ptg hingga 6.00ptg
Tempat        : Akan di tentukan kemudian
Kategori       : Bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun
ii. Ujian Kemahiran Pemain(Score Card)
Tarikh          : 7hb Ogos 2010
Masa           : 4.00ptg hingga 6.00ptg
Tempat        : Padang Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
2. Seterusnya, pihak kami juga ingin memberitahu bahawa tiada latihan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Latihan akan disambung semula pada minggu kedua bulan Syawal iaitu pada 18hb September 2010. Oleh itu, yuran bulanan untuk bulan Ogos dan September akan digabungkan menjadi satu bulan sahaja.
3. Bersama surat ini juga dilampirkan butiran peribadi anak–anak tuan/puan, status kehadiran semenjak mendaftar menjadi pemain Pfka Putrajaya dan juga yuran bulanan yang telah/belum dibayar. Sila isi data yang masih belum lengkap(jika ada) dan kembalikan kepada pihak kami untuk dikemaskini.
4. Kerjasama daripada tuan/puan adalah amat diperlukan bagi menjayakan aktiviti – aktiviti yang telah dirancang dengan memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan pada tarikh yang tersebut di atas.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan tuan/puan selama ini dan diharap kerjasama yang baik ini akan berterusan demi amalan hidup yang sihat bagi anak-anak dan juga demi memajukan lagi sukan bolasepak di negara kita. Dikesempatan ini juga, kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan semoga kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik bagi menjalani ibadah puasa.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan tugas,

Pengurus, PFKA Putrajaya